Mahathir: Tiada belas kasihan kepada pelaku korupsi

PUTRAJAYA, INFORIAU.co - Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, pemerintahannya atau kerajaan tidak akan melindungi, berkompromi serta menunjukkan belas kasihan terhadap pegawai negeri sipil atau pegawai kerajaan yang melakukan rasuah (korupsi) dan salah guna kuasa dalam pemerintahannya.
Perdana Menteri yang menjabat kembali setelah arus reformasi Malaysia bergulir ini berkata, mereka yang berbuat demikian akan ditamatkan daripada perkhidmatan.
“Kita perlu menunjukkan teladan yang baik. Pemimpin kerajaan telah diberi amaran dari saya bahawa kalau terlibat rasuah (akan dikenakan tindakan).
“Kalau di negara China, pesalah rasuah ini akan ditembak mati... Tetapi mereka tidak setujulah ditembak mati, tetapi kalau pegawai kerajaan membuat perkara tidak baik, mereka akan dikeluarkan,” katanya ketika sesi Town Hall Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam (15/08/18).
Sesi bertemakan ‘Langkah Ke Hadapan: Kebangkitan Kepimpinan Tulen’ itu dihadiri kira-kira 3,500 pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) seluruh negara Malaysia.
Program tersebut menjadi platform kepada PTD untuk memahami dan menghayati aspirasi Perdana Menteri dan memberi peluang kepada pegawai-pegawai berkenaan untuk bertukar-tukar pandangan serta pendapat dengan pemimpin tertinggi negara.
Turut hadir dalam acara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.- UTUSAN/ir